Wednesday, April 25, 2012

Tangani Malas

Tip

: Tangani Malas


Argh ! malasnya

Mengapa kita rasa sangat malas, tidak bermaya? Tidak tahu apa-apa yang mungkin dapat dilakukan pada hari in?. Badan terasa sangat "berat".. seolah-olah tidak mampu mengerjakan apa-apa. Pernak kah anda alami keadaan ini?


Sebab-sebab keadaan ini berlaku:


1. Anda tidak merancang aktiviti harian anda dengan baik. Maka timbul lah, "apa nak buat hari ni?"
2. Anda mungkin tidak mempunyai hobi, rutin harian yang betul-betul sebati dengan minat dan jiwa anda.
3. Anda makan secara berlebihan dan terlalu kenyang, hinggakan  badan anda terasa berat, lemah dan terasa sangat malas untuk melakukan sesuatu, meskipun anda bertubuh kecil.
4. Anda tiada minat untuk akttikan perjalanan aktiviti harian, dan lebih gemar bersikap pasif daripada bergerak kesana-sini, bercakap dengan aktif dan berfikir.


Bagaimana hendak atasi masalah ini?


1. JOM RANCANG! rancanglah aktiviti harian anda. Jangan hanya ingat di minda. Tulislah. Dengan cara ini, anda akan memotivasikan diri anda, bersemangat untuk melakukan nya, dan yang terpenting anda tidak akan            lupa. Pastikan aktiviti anda itu bersesuaian dengat minat dan masa anda. Utamakan yang penting dan seterusnya yang kurang penting dikemudiankan dalam senarai aktiviti tersebut. Jadualkan aktiviti anda. Ini pasti membantu!


2. MASIH TIADA HOBI?! fikir-ikirkan lah apa hobi anda. Lakukan nya dengan penuh kesungguhan. Anda dapat lakukan hobi anda ini apabila ada kelapangan. Jadi tiada alasan untuk  anda bermalas-malasan di hujung minggu atau  sebagainya.


3. SEDERHANA! jalanilah kehidupan anda dengan perut yang tidak lapar dan tidak terlalu kenyang. Sederhanakan lah dari segi kuantiti pengambilan diet anda. Makan hingga terlalu kenyang adalah tidak baik untuk ksesihatan perut/sistem pencernaan, otak dan pemikiran anda. Perut anda perlu 'bekerja dengan aktif' untuk memproses makanan. Darah-darah cenderung mengalir ke bahagian perut/sistem pencernaan. Darah ke otak? Pastinya berkurang. pengaliran darah ke sel-sel otak amatlah penting. Justeru, otak menjadi lembab. Jadi, badan anda akan menjadi tidak bermaya dan lemah, tidak mampu berfikir dengan aktif dan menjadi sangat malas. Bagaimana jka keadaan ini berterusan? Hindari segera!


4. PASIF?! Jangan lah bersikap pasif. Carilah penyelesaian segera. Nikmati kehidupan anda dengan berkualiti. Carilah hobi, rakan dan teman yang 'sekepala'- mempunyai minat yang sama atau hampir sama.  Anda boleh bergerak dengan sendiri. Lakukan sedikit usaha. Dapatkan buku-buku kegemaran anda. Jika anda bukan seorang pembaca. Kemas, bersihkan rumah anda-selain dapat mengeluarkan peluh untuk sihatkan badan, rumah anda pasti bersih dan kemas atas kesungguhan anda itu. Yang penting, isi masa lapang anda dengan sesuatu untuk menjadikan anda seorang yang hidup dengan aktif. Lakukan perubahan ini segera!


Jalani kehidupan anda dengan berkualiti!


No comments:

Post a Comment

gapo hok demo oyak kito ikot..janji hok molek

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...