Thursday, November 15, 2012

Apabila Hati Ini Tidak Lagi Berbicara

sepeninggalan itu...aku kini merasakan betapa jauh layak ku di sisinya. Atas apa yang berlaku, kini aku akui akan kehadiran bunga dan kumbang yang selalu bersama. Tapi, pasti ada kalanya mereka berpisah. Bezanya, perpisahan mereka tidak lama. Penyaksian menutup rela hati tidak pernah menggaris rasa dan keinginan untuk itu. 

Aku kecewa dengan debu-debu yang berterbangan di udara. Angin yang bertiup telahpun mengotori baju ku yang putih. 

Telahpun aku sangkakan kotoran itu. Debu itu bukan debu biasa. Baju ku yang putih telah dikotori, hinggakan aku berasa berat untuk membersihkannya. Aku biarkan masa berlalu. Aku menyangka angin juga akan menerbangkan debu itu semula. 

Tapi.. adakah sangka ku itu benar-benar akan berlaku?
Aku bangun dan berdiri mencari angin. Dimanakah kau angin?.....patutkah aku menyalahkan engkau atas apa yang terjadi?.....
Tidak...aku tidak pernah menyalahkan angin. Sebabnya.....ia tidak bersalah. Tidak bersalah...
 Apa yang harus aku lakukan kini?....aku terduduk dengan sendiri....aku abaikan kotoran itu.

Biarpun baju ku tidak lagi putih, namun ia masih bajuku. Bajuku tidak basah atau melekit... namun hati ini gusar sekali... Aku tidak bercadang untuk melontar kata-kata perpisahan pada mu. Akan tetapi..semuanya jelas. Aku tidak pernah menolak hakmu..., 

Kumbang juga mengerti malu. Bunga juga begitu. Biarpun terlanjur...kata-kata bukan ayat yang mudah.. Tiada apa-apa yang dapat aku bicarakan untuk mu...untuk menyatakan antara irama dan lagu..tiada berpisah. Namun kita bukan irama atau lagu...... Garam akan tetap masin. Gula akan tetap manis. 

Aku memilih untuk menutup... ya..menutup. Walau aku kini  menggulung tikar yang aku sendiri hamparkan....  Apakah engkau juga akan menghamparkan nya kembali?..aku tertanya...
atau gulungan tikar ini boleh sahaja dihampar semula di tempat lain. ...tapi pasti tanahnya tidak serata tanah tadi..... adakah dirimu sanggup meratakan tanah sebelum aku sekali lagi menghamparkan tikar ini. Tikar yang akan kita sama-sama duduk menyaksikan alam. Alam ynag sentiasa berubah...tapi hati ini harap ku tidak terubah dek tiupan angin...

Duduki aku kini...tiada meronta untuk mengundur masa....masa itu berlalu. Dan aku pasti dirimu juga mengerti...walau hal ini sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa mu...bahasa lembut....selembut  jiwa  yang menuruni jinjang bahagia. Tidak terlalu awal untuk aku katakan..masih awal...masih awal....apabila hati ini tidak lagi berbicara.... aku tangisi dosa lampau...


Sunday, November 04, 2012

Tip Semasa Musim Hujan


hujan & terus hujan...     sediakan payung@ seumpamanya pd musim hujan!!!..

 Tip Hari Ini:

  1. >jangan berlari di lantai licin
  2. >air bertakung semasa hujan adalah sukar untuk ditentukan kedalamannya, jadi sila cari laluan alternatif.
  3. >rancang perjalanan yang selamat, sama ada berkereta @ bersikal.
  4. >Kawal had laju terutama di laluan yang berbahaya seperti selekoh dan simpang.
  5. >pakai kasut yang sesuai dan elakkan memakai kasut dari fabrik yang mudah menyerap air.
  6. >lindungi bahan yang mudah menyerap air seperti buku@ kertas & peralatan elektronik seperti telefon/komputer riba daripada terdedah kepada air hujan. Sekiranya peralatan elektronik anda terkena air, jangan terus hidupkannya,sila tanggal bateri@ punca tenaga dan kemudian keringkan sepenuhnya terlebih dahulu.
  7. >pastikan anda tidak mendedahkan tubuh secara langsung pada air hujan.
  8. >sekiranaya perkara di atas berlaku, sila pastikan anda membilasnya dengan air bersih.
  9. >sediakan vitamin C, ubat selsema atau paracetamol bagi merawat penyakit disebabkan perubahan cuaca.
  10. >hindari daripada memandu/menunggang @ keluar ketika hujan lebat.
  11. >lakukan aktiviti regangan yang bersesuaian. Ini wajar disebabkan badan kurang mengeluarkan peluh ketika sejuk.
  12. >sediakan baju/pakaian yang bersesuaian. Contohnya, pakailah baju daripada fabrik yang dapat menyimpan haba seperti cotton.
  13. >elakkan daripada memakai fabrik yang lembut @nipis. sekiranya ianya nipis @ jarang, kemungkinan menampakkan aurat ketika terkena air hujan adalah besar.
  14. >bawa tuala kecil @ bersesuaian untuk mengelap tubuh yang basah terkena air hujan.
  15. >lakukan penjimatan tenaga dengan menurunkan suhu pada penentu suhu pendingin hawa @ kawal kelajuan kipas anda.
  16. >pilihlah makanan yang dapat memberi haba kepada tubuh anda, contohnya seperti kari.
  17. >elakkan makan makanan sejuk atau minum minuman sejuk/berais
  18. >sekiranya anda berkaca mata,bersedialah dengan kain yang sesuai untuk mengelap kaca mata apabila terkena air  hujan.
  19. >elakkan memakai kanta lekap sekiranya mata anda berkemungkinan terkena air hujan.
  20. > jangan berada di bawah pokok @ tempat-tempat yang berisiko disambar petir atau juga tempat yang mudah dinaiki air.
  21. >pastikan kediaman anda selamat.Periksa saluran/laluan air longkang dan pastikan tidak tersumbat.
  22. >pastikan bekalan makanan dalam kediaman anda mencukupi bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana.
  23. >awasi anak-anak anda ketika hujan dan bekalkan pengetahuan berkenaan risiko banjir atau keadaan cemas.
  24. >tutup tingkap atau pintu dengan sempurna bagi mengelakkan tempias air hujan.
  25. >elakkan membaiki bumbung bocor ketika hujan masih turun. Situasi ni adlah sangat berbahaya!.
  26. >hindari aktiviti luar dan sebaliknya rancang dan lakukan aktiviti dalam rumah bersma ahli keluarga.
  27. >pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sebelum digunakan. Periksa keadan tayar dan enjin.
  28. >dapatkan maklumat berkenaan pesanan-pesanan semasa dan terkini yang dikeluarkan oleh agensi atau pihak kerajaan terhadap ramalan cuaca dan persediaan pusat penempatan banjir.
  29. >simpan nombor-nombor panggilan penting di pelbagai tempat. Contohnya seperti di dalam kereta, dompet, dan  pada pintu kecemasan.
  30. >sekiranya kediaman anda dalam kawasan tanah rendah dan kemungkinan dilanda banjir adalah tinggi, pastikan anda bersedia menghadapinya dengan menyusun peralatan rumah di tempat tinggi seperti di tingkat atas. Namun memadai menyusunya di tempat lebih tinggi jika rumah anda tidak bertingkat. Penyusunan peralatan bakal memudahkan anda bergerak dan membersihkan rumah setelah banjir.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...