Aku kecewa dengan debu-debu yang berterbangan di udara. Angin yang bertiup telahpun mengotori baju ku yang putih.
Telahpun aku sangkakan kotoran itu. Debu itu bukan debu biasa. Baju ku yang putih telah dikotori, hinggakan aku berasa berat untuk membersihkannya. Aku biarkan masa berlalu. Aku menyangka angin juga akan menerbangkan debu itu semula.
Tapi.. adakah sangka ku itu benar-benar akan berlaku?
Aku bangun dan berdiri mencari angin. Dimanakah kau angin?.....patutkah aku menyalahkan engkau atas apa yang terjadi?.....
Tidak...aku tidak pernah menyalahkan angin. Sebabnya.....ia tidak bersalah. Tidak bersalah...
Apa yang harus aku lakukan kini?....aku terduduk dengan sendiri....aku abaikan kotoran itu.
Biarpun baju ku tidak lagi putih, namun ia masih bajuku. Bajuku tidak basah atau melekit... namun hati ini gusar sekali... Aku tidak bercadang untuk melontar kata-kata perpisahan pada mu. Akan tetapi..semuanya jelas. Aku tidak pernah menolak hakmu...,
Kumbang juga mengerti malu. Bunga juga begitu. Biarpun terlanjur...kata-kata bukan ayat yang mudah.. Tiada apa-apa yang dapat aku bicarakan untuk mu...untuk menyatakan antara irama dan lagu..tiada berpisah. Namun kita bukan irama atau lagu...... Garam akan tetap masin. Gula akan tetap manis.
Aku memilih untuk menutup... ya..menutup. Walau aku kini menggulung tikar yang aku sendiri hamparkan.... Apakah engkau juga akan menghamparkan nya kembali?..aku tertanya...
atau gulungan tikar ini boleh sahaja dihampar semula di tempat lain. ...tapi pasti tanahnya tidak serata tanah tadi..... adakah dirimu sanggup meratakan tanah sebelum aku sekali lagi menghamparkan tikar ini. Tikar yang akan kita sama-sama duduk menyaksikan alam. Alam ynag sentiasa berubah...tapi hati ini harap ku tidak terubah dek tiupan angin...
Duduki aku kini...tiada meronta untuk mengundur masa....masa itu berlalu. Dan aku pasti dirimu juga mengerti...walau hal ini sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa mu...bahasa lembut....selembut jiwa yang menuruni jinjang bahagia. Tidak terlalu awal untuk aku katakan..masih awal...masih awal....apabila hati ini tidak lagi berbicara.... aku tangisi dosa lampau...
No comments:
Post a Comment
gapo hok demo oyak kito ikot..janji hok molek