bukan sekali..dan bukan tiga kali. Ini bukan pertama kali aku melafazkan niat untuk perubahan. Semunya bagaikan tidak kena.Ada sahaja benang-benang halus yang menjerat tubuhku daripada melangkah ke hadapan. Kini, langkahku terhenti.
Tiada langkah lagi. Siapakah yang mahukan dirinya kecundang?.. mana mungkin merelakan dirinya rebah atau kaku menyaksikan hijau daun bertukar perang... Kadang-kala aku berasa sangat lemas dengan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku dihantui bayang masa lalu... apakah aku mampu merangkak setelah terduduk di sini.. persoalan yang mudah bagiku, tapi sukar... mainan bibir yang merugikan diri.. juga permainan emosi yang kuat-itulah musuhku. Tiada yang jauh. Bukan lagi musuh dalam lipatan...
bangunku kini bukan utuk menyaksikn perubahan diri, tapi melakukan perubahan yang nyata.. nyata dan betul. Ada orang, lekas bangun nya dari kemunduran, dan pastinya ada yang sangat lemah jauh dan menjauh kebelakang...lambat sekali geraknya.. Rencana diri yang kukuh haruslah nyata. Nyata dan bukan permainan yang sering kau bayangkan. Entah mengapa semanagt ku kini berbelah bahagi. Adakah semua ini lantaran bayangan jiwaku yang belum bersedia untuk ke medan kehidupan.?
Rumah Ku Syurgaku
No comments:
Post a Comment
gapo hok demo oyak kito ikot..janji hok molek