Sunday, December 30, 2012


Antara minat dan gemar. Sama sahaja. Bercuti, menghabiskan baki cuti untuk tahun ini, 2012. Esok 31 hb Dis 2012, penghujung tahun yang penuh makna dan erti. Mudah dan terasa sungguh sekejap masa berlalu. Dua hari yang santai di Kuantan...berlalu.  Semoga ianya bererti untuk menghadapi THE FINAL EXAM. Apa juga keputusan dan kesudahan, tiada kesal bagiku, kerana tangan ini yang melakukannya. Insya-ALLAH...Semoga kejayaan ini memberi iktibar dan manfaat padaku dan seluruh kaum kerabat, Mak & Ayah, abang, akak dan adik2. Mga kalian dalam lindungan. ameen..












 Jumpa lagi, mungkin bersma keluarga pula. SMILE !..insya-ALLAH. 

Thursday, November 15, 2012

Apabila Hati Ini Tidak Lagi Berbicara

sepeninggalan itu...aku kini merasakan betapa jauh layak ku di sisinya. Atas apa yang berlaku, kini aku akui akan kehadiran bunga dan kumbang yang selalu bersama. Tapi, pasti ada kalanya mereka berpisah. Bezanya, perpisahan mereka tidak lama. Penyaksian menutup rela hati tidak pernah menggaris rasa dan keinginan untuk itu. 

Aku kecewa dengan debu-debu yang berterbangan di udara. Angin yang bertiup telahpun mengotori baju ku yang putih. 

Telahpun aku sangkakan kotoran itu. Debu itu bukan debu biasa. Baju ku yang putih telah dikotori, hinggakan aku berasa berat untuk membersihkannya. Aku biarkan masa berlalu. Aku menyangka angin juga akan menerbangkan debu itu semula. 

Tapi.. adakah sangka ku itu benar-benar akan berlaku?
Aku bangun dan berdiri mencari angin. Dimanakah kau angin?.....patutkah aku menyalahkan engkau atas apa yang terjadi?.....
Tidak...aku tidak pernah menyalahkan angin. Sebabnya.....ia tidak bersalah. Tidak bersalah...
 Apa yang harus aku lakukan kini?....aku terduduk dengan sendiri....aku abaikan kotoran itu.

Biarpun baju ku tidak lagi putih, namun ia masih bajuku. Bajuku tidak basah atau melekit... namun hati ini gusar sekali... Aku tidak bercadang untuk melontar kata-kata perpisahan pada mu. Akan tetapi..semuanya jelas. Aku tidak pernah menolak hakmu..., 

Kumbang juga mengerti malu. Bunga juga begitu. Biarpun terlanjur...kata-kata bukan ayat yang mudah.. Tiada apa-apa yang dapat aku bicarakan untuk mu...untuk menyatakan antara irama dan lagu..tiada berpisah. Namun kita bukan irama atau lagu...... Garam akan tetap masin. Gula akan tetap manis. 

Aku memilih untuk menutup... ya..menutup. Walau aku kini  menggulung tikar yang aku sendiri hamparkan....  Apakah engkau juga akan menghamparkan nya kembali?..aku tertanya...
atau gulungan tikar ini boleh sahaja dihampar semula di tempat lain. ...tapi pasti tanahnya tidak serata tanah tadi..... adakah dirimu sanggup meratakan tanah sebelum aku sekali lagi menghamparkan tikar ini. Tikar yang akan kita sama-sama duduk menyaksikan alam. Alam ynag sentiasa berubah...tapi hati ini harap ku tidak terubah dek tiupan angin...

Duduki aku kini...tiada meronta untuk mengundur masa....masa itu berlalu. Dan aku pasti dirimu juga mengerti...walau hal ini sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa mu...bahasa lembut....selembut  jiwa  yang menuruni jinjang bahagia. Tidak terlalu awal untuk aku katakan..masih awal...masih awal....apabila hati ini tidak lagi berbicara.... aku tangisi dosa lampau...


Sunday, November 04, 2012

Tip Semasa Musim Hujan


hujan & terus hujan...     sediakan payung@ seumpamanya pd musim hujan!!!..

 Tip Hari Ini:

  1. >jangan berlari di lantai licin
  2. >air bertakung semasa hujan adalah sukar untuk ditentukan kedalamannya, jadi sila cari laluan alternatif.
  3. >rancang perjalanan yang selamat, sama ada berkereta @ bersikal.
  4. >Kawal had laju terutama di laluan yang berbahaya seperti selekoh dan simpang.
  5. >pakai kasut yang sesuai dan elakkan memakai kasut dari fabrik yang mudah menyerap air.
  6. >lindungi bahan yang mudah menyerap air seperti buku@ kertas & peralatan elektronik seperti telefon/komputer riba daripada terdedah kepada air hujan. Sekiranya peralatan elektronik anda terkena air, jangan terus hidupkannya,sila tanggal bateri@ punca tenaga dan kemudian keringkan sepenuhnya terlebih dahulu.
  7. >pastikan anda tidak mendedahkan tubuh secara langsung pada air hujan.
  8. >sekiranaya perkara di atas berlaku, sila pastikan anda membilasnya dengan air bersih.
  9. >sediakan vitamin C, ubat selsema atau paracetamol bagi merawat penyakit disebabkan perubahan cuaca.
  10. >hindari daripada memandu/menunggang @ keluar ketika hujan lebat.
  11. >lakukan aktiviti regangan yang bersesuaian. Ini wajar disebabkan badan kurang mengeluarkan peluh ketika sejuk.
  12. >sediakan baju/pakaian yang bersesuaian. Contohnya, pakailah baju daripada fabrik yang dapat menyimpan haba seperti cotton.
  13. >elakkan daripada memakai fabrik yang lembut @nipis. sekiranya ianya nipis @ jarang, kemungkinan menampakkan aurat ketika terkena air hujan adalah besar.
  14. >bawa tuala kecil @ bersesuaian untuk mengelap tubuh yang basah terkena air hujan.
  15. >lakukan penjimatan tenaga dengan menurunkan suhu pada penentu suhu pendingin hawa @ kawal kelajuan kipas anda.
  16. >pilihlah makanan yang dapat memberi haba kepada tubuh anda, contohnya seperti kari.
  17. >elakkan makan makanan sejuk atau minum minuman sejuk/berais
  18. >sekiranya anda berkaca mata,bersedialah dengan kain yang sesuai untuk mengelap kaca mata apabila terkena air  hujan.
  19. >elakkan memakai kanta lekap sekiranya mata anda berkemungkinan terkena air hujan.
  20. > jangan berada di bawah pokok @ tempat-tempat yang berisiko disambar petir atau juga tempat yang mudah dinaiki air.
  21. >pastikan kediaman anda selamat.Periksa saluran/laluan air longkang dan pastikan tidak tersumbat.
  22. >pastikan bekalan makanan dalam kediaman anda mencukupi bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana.
  23. >awasi anak-anak anda ketika hujan dan bekalkan pengetahuan berkenaan risiko banjir atau keadaan cemas.
  24. >tutup tingkap atau pintu dengan sempurna bagi mengelakkan tempias air hujan.
  25. >elakkan membaiki bumbung bocor ketika hujan masih turun. Situasi ni adlah sangat berbahaya!.
  26. >hindari aktiviti luar dan sebaliknya rancang dan lakukan aktiviti dalam rumah bersma ahli keluarga.
  27. >pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sebelum digunakan. Periksa keadan tayar dan enjin.
  28. >dapatkan maklumat berkenaan pesanan-pesanan semasa dan terkini yang dikeluarkan oleh agensi atau pihak kerajaan terhadap ramalan cuaca dan persediaan pusat penempatan banjir.
  29. >simpan nombor-nombor panggilan penting di pelbagai tempat. Contohnya seperti di dalam kereta, dompet, dan  pada pintu kecemasan.
  30. >sekiranya kediaman anda dalam kawasan tanah rendah dan kemungkinan dilanda banjir adalah tinggi, pastikan anda bersedia menghadapinya dengan menyusun peralatan rumah di tempat tinggi seperti di tingkat atas. Namun memadai menyusunya di tempat lebih tinggi jika rumah anda tidak bertingkat. Penyusunan peralatan bakal memudahkan anda bergerak dan membersihkan rumah setelah banjir.


Monday, October 15, 2012

Sebuah kerinduan

Tebal sekali rindu ini... berjalan dibawah rimbuan pohon-pohon sakura..seperti dalam drama... kehidupan sebuah drama adlah tersangat indah bagiku. Apa tidaknya?...plot2 dan jalan cerita sudah teratur dengan rapi hingga menjadikan paparan kehidupan itu sangat dekat di hati penontotnya... Suatu yng indah apabila mengecapi kebahagian, Dan sesuatu yang malang apabila gagal dan kecewa. Tebal sekali rindu ini... berjalan dibawah rimbuan pohon-pohon sakura..seperti dalam drama... kehidupan dalam sebuah drama romantis adlah tersangat indah bagiku. Apa tidaknya?...plot2 dan jalan cerita sudah teratur dengan rapi hingga menjadikan paparan kehidupan itu sangat dekat di hati penontotnya... Suatu yng indah apabila mengecapi kebahagian, Dan sesuatu yang malang apabila gagal dan kecewa. Hari ini akan menjadi hari yang bahagia jika aku memplot semuanya dengan baik...aku terfikir, adakah aku berbakat seperti penulis skrip drama, editor drama?....dan seterusnya aku terfikir pula, apakah yang melayakkan aku untuk meneruskan kehidupan ini setelah aku menghentikan, mengalah....

Setenang Langit

Ketenangan dalam hidup bagiku adalah sebuah dunia tersembunyi...tersorok jauh dari kesibukan manusia... Usaha mengecapi nya adalah membentuk laluan menuju dunia persendirian... ketenangan adalah kesendirian... Tatkala bersendirian..ketenangan muncul dan menerpa..menjemput pergi......pergi menikmati ketenangan. Namun jika tiada kesediaan diri..ia nya lenyap...tahulah kamu ini semua adalah bertitik tolak pada mindamu..minda mu yang mengawal dan memutuskan segala.. Hebat bukan?...Namun awas..tatkala bersendirian pasti ada syitan yang sentiasa mendekati insan dalam keseorangan. Mengapa?... pastinya kamu tahu akan jawapan nya...Kerana kamu insan seperti ku yang sentiasa menjadi buruan untuk dihasut dan dilemahkan..., 

Namun pada masa yang sama, ketahuilah bersendirian menggenggam ketenangan adalah suatu yang indah yang patut kamu lalui..... Berzikir dan pelbagai amalan lain adalah yang terbaik untuk mengisi ruang waktu yang mendamaikan jiwa...bermunajat lah kepada NYA..Ketenangan pasti muncul jika ada sekelumit ikhlas dalam hati mu...cambahkan lah ia..menangilah hati mu untuk mendekatiNYA.... Kini berdirilah dari tempat duduk mu yang selesa itu...bangunlah ke dunia baru... rentap dan pulas lah tombol hati mu agar ia se-ia dengan rentak kaki mu.... Semua ini tidak lama.. ya ! tidak lama... bila2 sahaja ia pergi...dan mungkin ia kembali untuk menguji mu..duhai insan... Tenang atau sulit...sebuah tafsiran...Di mana ketenangan? Carilah dimana gerak hati mu dapat merasa suatu keselesaan......keselesaan bakal membawa kamu pada ketenangan....umpama duduk di kerusi urut..yang selesa...apabila kamu selesa dengan nya...pasti tenang bersahaja-- ketenangan memeluk mu...... Mengapa ketenangan?.....ketahuilah insan yang hidup..dan berakal sentiasa mendambakan saat2 memeluk ketenangan.... selesa pada minda....sangat2 merehatkan......damai...dan sebagainya yang positif saja yang dapat menggambarkan nya.....Konsep yang mudah tetapi..tidak semua insan mendpat kehidupan yang berkualiti...kerana terlalu banyak halangan.. mereka gagal mengawal emosi, akal dan hati.....semua di dunia ini adlah sebenarnya musuh...musuh yang kelihatan dan dijadikan kawan pada mereka yang lalai dan buta...- buta hati. 

Bangun pada tengah malam untuk beramal kepada ALLAH... ada hikmahnya... keadaan yang sunyi tatkala mereka yang lain dibuai mimpi...adalah yang terbaik untuk santapan rohani.... Tenang bukan waktu ini....?... sesungguhnya kamu yang memutuskanya...kamu yag mengalaminya.....Tiada yang dapat mengubah nasib mu melainkan kamu sendiri mengubah nasib kamu..... Tiada untung atau rugi pada sebarang kenyataan untuk NASIB..kerana bagiku...semua itu adlah penuh hikmah..sebuah ketentuan terbaik untuk mu.. mengapa mengeluh?... Sesungguhnya kita makhluk yang diciptakan yang tidak tahu apa2 akan rahsia NYA.. Berdamailah...tenanglah hadapi semua ini....tenang lah....kerana semua ini hanya sementara...

Detik

detik berlalu pergi...apa mungkin setiap detik yang meninggalkan diri ini hanya bersembunyi di sebalik tirai dunia...memerhati. Dia mungkin kecewa apabila dirinya tidak dihargai..namun berbeza pula apabila kehadiranya dimanfaatkan dan disenangi............... ....detik membawa dirinya dengan senang hati dan apabila di Hari Perhitungan, aku mengharapkan dia hanya bersaksi akan kesungguhan ku bersamanya dengan keberkatan. InsyaAllah.... ....namun aku merasakan diriku dalam kerugian yang amat ketara kerana sering mengabaikan kehadiranya. Mungkin terlalu banyak detik yang datang dan pergi dalam hdup ku....membuatkan aku tidak menghargainya.... apa mungkin esok masih ada untukku bertemu dengan mu detik?.......

Sunday, July 01, 2012

Pengakhiran

perasaan yang tidak terluah dengan kata2... Entah bila derita ini akan berakhir... ...semoga masa berlalu dengan pantas... kerana tidak akan aku toleh lagi... Inikah ketentuan dipertemu dan disudahi pengakhiran... Aku mendamba pengakhiran... untuk itu aku menyaksikan derita berpanjangan...senyap dalam tikaman...setiap kata2 yang menusuk tubuh..............................................................

Friday, June 22, 2012

Hati kering

Apa itu perasaan marah?...?? marah kepada sesuatu adalah perbuatan..perasaan pastinya berkaitan emosi...apabila marah..pastinya juga emosi dlam keadaan yang sangat tidak stabil...Kata orang, orang yang pemarah adalah seorang yang gagal dlaam kehidupan. Adakah ini benar?...mungkin... Adakah anda senang dan selesa apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang dalam keadaan marah...?


Normalnya..pastinya tidak bukan? Anda pastinya tidak akan pernah suka orang yang pemarah..walaupun sebenarnya anda seorang yang juga pemarah atau panas baran... ermm..yang tidak normalnya..atau luar biasa..ada segelintir yang tidak menghiraukan orang yang sedang keadaan marah..melenting dengan penuh emosi, yang kadang-kala seolah2 hilang kawalan dan nampak seperti sudah tidak siuman... Orang yang sya maksudka adlah seseorang yang sudah lali pada perkara2 negatif..., mereka langsung tidak terganggu dengan persekitaran yang pada umumnya dapat mempengaruhi orang lain. Adakah mereka kebal?... ermm..siapakah mereka ini?... saya berharapan , agar dapat menjadi seperti insan yang kebal sepertimana di atas. Mengapa?...Pada sya mereka adlah sanagt luar biasa, kerana tidak mudah terpengaruh dengan emosi si pemarah atau apa2 yang bersifat pemusnah. Namun begitu, golongan ini sering dilabel sebagai orang yang tidak berperasaan atau hati batu.... Ini benar !.. ada baik dan buruknya bukan?...


Kini cuba bayangkan ..Apa yang akan berlaku jika anda seorang yang "berhati kering" atau "berhati batu" ? Adakah hidup anda sekarang ini kan berubah?....atau jauh menyimpang...? hanya disebabkan anda berperwatakkan sedemikian..., pastinya warna kehidupan anda adlah tidak sama...:).... setiap yang berlaku pasti berhikmah.... akhlak anda adlah cerminan apa2 yang telah tertanam dlam diri sejak anda dilahirkan atau sejak kewujudan anda lagi......menarik bukan? .. percaya lah akhlak atau perwatakkan anda sekarang ini juga mencerminkan kehidupan anda akan datang.....




masih marah?.... senyumlah..tiada apa yang tertinggal !.. hanya anda yang pemarah ..tertinggal "Suis Senyum".... bertenanglah Nikmatilah kehidupan denagn positif dan bijak... kerana itu lebih bernilai dari kemewahan yang menyempitkan....Ruang tampak luas tapi sempit dari segi keselamatan..


apa tidaknya,..runsing dan kuatir akan keselamatan diri & harta..... Sulit nya kehidupan seperti itu ! ...... pasti kan Anda tentukan hidup anda,dan jangan biarkan kehidupan memandu anda....

Thursday, June 21, 2012

Menanti malam

Tidak sabar rasanya untuk menunggu malam hari.....seseuatu yang... to be continued

Tuesday, June 19, 2012

Memeluk ketenangan


Ketenangan dalam hidup bagiku adalah sebuah dunia tersembunyi...tersorok jauh dari kesibukan manusia... Usaha mengecapi nya adalah membentuk laluan menuju dunia persendirian... ketenangan adalah kesendirian... Tatkala bersendirian..ketenangan muncul dan menerpa..menjemput pergi......pergi menikmati ketenangan. Namun jika tiada kesediaan diri..ia nya lenyap...tahulah kamu ini semua adalah bertitik  tolak pada mindamu..minda mu yang mengawal dan memutuskan segala.. Hebat bukan?...Namun awas..tatkala bersendirian pasti ada syitan yang sentiasa mendekati insan dalam keseorangan. Mengapa?...

pastinya kamu tahu akan jawapan nya...Kerana kamu insan seperti ku yang sentiasa menjadi buruan untuk dihasut dan dilemahkan..., Namun pada masa yang sama, ketahuilah bersendirian menggenggam ketenangan adalah suatu yang indah yang patut kamu lalui.....


Berzikir dan pelbagai amalan lain adalah yang terbaik untuk mengisi ruang waktu yang mendamaikan jiwa...bermunajat lah kepada NYA..Ketenangan pasti muncul jika ada sekelumit ikhlas dalam hati mu...cambahkan lah ia..menangilah hati mu untuk mendekatiNYA....

Kini berdirilah dari tempat duduk mu yang selesa itu...bangunlah ke dunia baru... rentap dan pulas lah tombol hati mu agar ia se-ia dengan rentak kaki mu....

Semua ini tidak lama.. ya ! tidak lama... bila2 sahaja ia pergi...dan mungkin ia kembali untuk menguji mu..duhai insan...

Tenang atau sulit...sebuah tafsiran...Di mana ketenangan?  Carilah dimana gerak hati mu  dapat merasa suatu keselesaan......keselesaan bakal membawa kamu pada ketenangan....umpama duduk di kerusi urut..yang selesa...apabila kamu selesa dengan nya...pasti tenang bersahaja-- ketenangan memeluk mu......


Mengapa ketenangan?.....ketahuilah insan yang hidup..dan berakal sentiasa mendambakan saat2 memeluk ketenangan.... selesa pada minda....sangat2 merehatkan......damai...dan sebagainya yang positif saja yang dapat menggambarkan nya.....Konsep yang mudah tetapi..tidak semua insan mendpat kehidupan yang berkualiti...kerana terlalu banyak halangan.. mereka gagal mengawal emosi, akal dan hati.....semua di dunia ini adlah sebenarnya musuh...musuh yang kelihatan dan dijadikan kawan pada mereka yang lalai dan buta...- buta hati.  


Bangun pada tengah malam untuk beramal kepada ALLAH... ada hikmahnya... keadaan yang sunyi tatkala mereka yang lain dibuai mimpi...adalah yang terbaik untuk santapan rohani.... Tenang bukan waktu ini....?...

sesungguhnya kamu yang memutuskanya...kamu yag mengalaminya.....Tiada yang dapat mengubah nasib mu melainkan kamu sendiri mengubah nasib kamu..... Tiada untung atau rugi pada sebarang kenyataan untuk NASIB..kerana bagiku...semua itu adlah penuh hikmah..sebuah ketentuan terbaik untuk mu.. mengapa mengeluh?... Sesungguhnya kita  makhluk yang diciptakan yang tidak tahu apa2 akan rahsia NYA..


Berdamailah...tenanglah hadapi semua ini....tenang lah....kerana semua ini hanya sementara...

Sunday, June 10, 2012

Tangani Stres

Stres??? Mengapa stres?..stres adalah terapi diri...namun ramai insan menyalahkan stres...Mengapa?...kebanyakan insan gagal mengawal stres dalam diri mereka. kawalan stres adlah perkara pokok.... stres perlu dikawal..dan berikut adlah saranan bagi membantu anda tangani stres:


Lakukan latihan pernafasan yang efektif Tarik nafas dalam2..meditasi juga adlah salah satu teknik yang relevan.


Fikirkan sebuah cerita Positif Teknik membayang dalam fikiran adlah sesuatu yang menarik...teknik ini haruslah dilakukan secara santai..bayangkan dalam fikiran anda akan sebuah cerita yang menarik..cerita fantasi seperti; pengembaraan Si Kancil, ..cerita itu hendlah menarik dan pengahkiran yang lucu ,atau gembira...bayangkan dlam minda akan sebuah perjalann atau imaginasi yang positif...


Senyuman Senyuman adlah sedekah. Senyuman juga adlah terapi yang dapat melumpuhkan stres. Tidak percaya..? senyum lah..senyuman seikhlas hati..@ belajar lah untuk senyuman tanpa dipaksa..secara sepontan..bayangkan sesuatu yang melucukan...teruskan senyum..:)


Ketawa Lupa untuk ketawa? @ sudak tidak ingat kali terakhir anda tersenyum?...sama caranya seperti di atas..bayangkan sesuatu yang lucu..hingga anda ketawa sesudah itu..Ketawa lah..urat2 anda akan aktif..rembesan hormaon positif juga akan giat berkerja....


Main alat permainan Mainan adalah alat yang dapat menimbulkan tindakan ransangan yang aktif sama ada pada tubuh badan dan juga permikiran..serta perkembangan emosi... Jadi pasti anda mempunyai alat mainan tertentu yang anda minati...contohnya..robot,...bola mainan..dan lain2..Alat mainan yang berwarna ceria adlah disarankan...


Sudah besar nk main mainan lagi?,...hurmm..Bijaklah tangani stres..anda!

Saturday, June 09, 2012

Tolong ingatkan daku

Bismillahirohmanirrohim... setelah memerhati..itulah yang aku fikirkan..


ketandusan idea sangatlah mencabar diri.. permulaan yang sukar..setiap yang berjaya pasti ada permulaan..titik permulaan untuk sebuah perjalanan..perjalanan yang berterusan tanpa detik2 perhentian.. Amat sukar untuk aku membicarakan sesuatu yang jauh dari pandangan mata dan capaian fikiran...untuk berfikir di luar kotak tidaklah sukar..tetapi memakan masa... pastinya aku di peringkat yang aku sendiri label-kan..sebagai permulaan..terlalu awal.... namun..risau ...bagaimana jika titik permulaan bagi sebuah tindakan hanya


ditunggu2..menanti kesediaan yang sentiasa lewat..sentiasa ditungggu akan kemunculanya...aku terdiam..


keparahan dalam permikiran...tidaklah sukar untuk berfikir bukan?..tapi??? ..sesuatu bermain dalam hati..hati? atau kotak fikiran ku?...adakah ini semua adlah emosi ku semata2...ermm..berbaur semuanya.. ..bercampur-aduk.. inilah permikiran...tiada sekatan..tiada dinding..yang difikir..keluar bersahaja...inilah nikmat sebuah kotak akal... berbalik kepada titik yang dicari...




....permulaan kepada sebuah permikiran pastinya ada..wujud satu titik permikran..spontan dan sedar atau dibawah paras minda sedar sedar..


titik itulah yang ditunggu2...titik2 kepada sebuah kejayaan.. dera minda?...kadang2 ia perlu...sangat2 diperlukan.....tiada pilihan... proses memilh adlah contoh terbaik.. ..ditilik..ditata..satu persatu...ianya sebuah pilihan minda...pasti ada kaitannya dengan hati..dan emosi...


Pilihan...pilihan kepada laluan penentuan..akal mentaksir satu persatu..tetapi emosi + hati sentiasa bersilih ...menuju kotak permikiran...Jadi keputusan kepada sebuah pilihan adlah?....-masih menanti keputusan...#####


Friday, June 08, 2012

bismillahirohmanirrohim.. Bersyukur..InsyaALLAH...lihatlah kesempurnaan dlm ketidaksempurnaan-prof Muhaya apa yang kita perlu takut dlm kehidupan selain ALLAH..ialah ketakutan itu sndiri.... kita haya bergantung pd ALLAH..teruskan berusaha..

Muhasabah Diri

Bismillahirrohmanirrohim.. Muhasabah-lah diri kita..,terimalah kritikan...tengokklah akhlak, kesihatan, hubungan kita dgn insan, hubungan kita dengan ALLAH, kewangan kita..nilai satu persatu. Di manakah tahap kita pada tiap2 satu elemen. Tulislah jurnal kehidupan anda...dengan penulisan, gerak kerja anda andlah positif. Semoga hari ini lebih baik dar hari semalam.....:)

Tuesday, June 05, 2012

Tidak Pernah Puas

Keindahan dlam hidup adlah ketenangan yang mendamaikan hati dan nurani..namun ianya tidak pernah memuaskan jiwa insan yang hidup, kerana mereka masih belum mencapai nya..apatah lagi mgerti apa2 yang tertulis untuk mereka... Ramai orang bercakap pasal masalah..masalah dan masalah..Yang pastinya semua yang bernyawa pasti menempuh masalah. Di facebook, blog dan pelbagai medium lagi adlah antara tempat luahan masalah, dan kadang kala amat memperbodohkan diri sendiri, tatkala perkara remeh ditata dan dijaja, hingga jelas sekali menampakkan kelemahan diri. Mengapa ini berlaku? Alangkah tenang dan bahagia hidup ini jika mereka tahu beza antara masalah akal/mental dan masalah jiwa/hati...Masalah adlah sebuah kehidupan..tanpa maslah tiadalah sebuah kehidupan jiwa..Mengapa kita dihidupkan..? Adakah semata2 untuk menghadapi & kemudiannya menyelesaikannya satu persatu @ serentak dan pelbagai pendekatan mengikut norma seorang insan. Peringatan untuk ku dan semua, Kenali lah Pencipta mu, tiada sia DIA menghidupkan kamu..melainkan kamu sendiri mempersiakan saat yang dikurnia oleh NYA

Monday, June 04, 2012

Compensation consists of 3 main component: 1) Direct compensation -employee wages and salaries, incentives, bonuses, commissions. 2) Indirect compensation -the many benefits supplied by employers 3) Non-financial compensation -employee recognition programs, rewarding jobs, organisational support, work environment, and flexible work hours to accommodate personal need

Luahan Minda

hari ini....kawanku bercakap akan sesuatu yang pernah aku fikirkan...dia memperakukan perhubungan nya dengan seseorang yang sangat aku kenali di dlam kelas...aku memikirkan sesuatu... namun aku tersenyum... betapa seksi seseorang itu!.. ..moga dia akan menanyakan kembali persoalan yang aku sendiri minta dia menyoal aku ...sengaja aku berbuat demikian, hal ini kerana aku terlalu ingin untuk meluahkan jawapan yang sedang bermain dalam fikiran aku selama ini... aku pernah duduk bersebelahan dengan seseorang itu di dalam kelas.. dan kini ingin sekali aku meluahkan perasaan yang pelik, yang tidak aku relakan... pada kawanku.. moga dia tidak mengerti dan mengesan topeng atau topi pemikiran yang sedang aku pakai pada saat ini atau pada saat dan ketika aku duduk bersebalah dengan seseorang yang cuba aku perjelaskan padanya.....kini aku tersenyum untuk nya...........

Thursday, May 24, 2012

Kepastian

Bismillahirohmanirrohim...

Mencari kepastian dalam tujuan perjalanan... berterusan kesana-kemari..mencari papan tanda arah.. arah kebenaran..adakah papan tanda itu cukup sebagai petunjuk?..kemanakah arah yang pasti untuk terus melangkah...detik2 waktu meninggal pergi...aku masih di sini.. mendongak ke atas...cahaya mendakap tubuh...membuatkan peluh galak menitis kebawah..

Apakah yang sedang engkau fikirkan...?
Kudrat..ini setia dan bersedia..masuh gagah, tetapi tiada langkah yang pasti...kemana harus langkah ku..?

lalai... dihembus bayu...seolah2 menyapu keringat peluh... kini menanti tujuan nya..

apakah yang pasti kini?

Ke kanan..atau ke kiri
Ke depan...teruskan apa sahaja yang terlintas di kepala?
Berdirilah ...berfikir...tunggu kepastian..tetap di situ...

Tuesday, May 22, 2012

Terhenti

Bismillahirohmanirrohim...

Bangkit dari kelemahan diri amatlah sukar..terlalu sempit dan sebak.. Terlalu banyak dugaaan dan perhentian. Perjalanan terggangu dan semakin lemah melangkah. Rentak yang dulunya kemas dihayun arah bertukar..bersilih kelemahan.. mengapa? mengapa? apakah ini?... terlalu banyak nada sumbang.

Hati ini berubah dan semakin berubah..menjauh pergi dari bekas nya..tidak lagi dalam imbangan perhatian hati yang suci...Kini,hitam pekat merebak dan terus bermaharaja lela... Apakah ini?

Terbengkalai sudah perjalanan ini... Mana rentaknaya..? aku berhenti di arus masa yang laju ..jauh dan terus menjauh

Bangun!..bangun!..bangunlah..dari tidur...Terlalu sukar, terasa berat ...seperti diikat kiri dan kanan.. adakah tidak pernah wujud akan kesediaan untuk ke depan ? tidak bersedia? mungkin merelakan tapak kaki untuk terus kekal memijak.. kesudahanya bagaimana? Terperap mencari diri tiadalah guna..Kemanakah hati ini?..

Tadahkan tangan..pohon lah hati ..pohon padaNYA..kembalilah pada jalan nya..mengapa ingkar?
Mengapa berdegil? bukankah Dia yang maha mengetahui tiap2 yang engkau lakarkan...penuh kesaksian..

Monday, May 21, 2012

Angka Kedewasaan


I got my "pass"

Begin With End In MInd

Bismillahirohmanirrohim..

Kita wajib tahu apa yang hendak kita capai. Anda tentunya biasa mendengar "Begin With End In MInd". Tentunya apabila kita merancang sesuatu, kita memang sudah tahu apa yang akan kita capai.

1. Apakah Matlamat anda sekarang?
2. Apakah matlamat anda dalam masa 1 tahun dari sekarang ?
3. Apakah matlamat anda dalam masa 3 tahun dari sekarang ?
4. Apakah matlamat anda 5 tahun dari sekarang ?

Sekarang , silalah ambil kertas dan pen. Tulislah apa2 yang anda hendakkan dalam masa setahun dari sekarang. Contohnya, mendapat Ijazah dengan CGPA 3.8 atau mendapat pekerjaan yang anda hajati, dan bermacam2 lagi...

Yang penting adalah TULIS..gambarkan dalam minda sedar anda..InsyaALLAH.. otak/minda dan anggota tubuh badan anda pasti akan setara bergerak melakukan PERUBAHAN positif...Begin with end in mind

(sumber: Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda,Rozzani Din,2009)

Saturday, May 12, 2012

Bajai permikiran

manusia membina pegangan kerana itulah yang termaktub sejak bernyawanya seorang insan. Pegangan, teori, falsafah dan seumpamanya adalah nada-nada sebuah pemikiran yang diolah saban hari agar menjadi dan menghampiri kesempurnaan. Persoalanya kini, disebabkan terlalu mendambakan kesempurnaan, manusia sememangya gemar bertindandak melarikan diri dari konsep dan pegangan yang mereka sendiri bentukkan, apakah ini lumrah? Membina dan kemudian meruntuhkan? sememanya percaya dengan diri sendiri, bergerak dengan pegangan diri adlah yang terbaik, kerna manusia dibekalkan segala macam permikiran yang seharusnya dibajai untuk kejayaan di hari muka, Manusia yang bijak adlah mereka yang memutuskan untuk bergerak seiring matlamat hidup yang benar dan berpeagang pada teori " dunia satu persinggahan"...

Dendrocalamus Asper Characteristics and Identification

Dendrocalamus Asper Characteristics and Identification

Dendrocalamus Asper Characteristics and Identification

Dendrocalamus Asper Characteristics and Identification

Monday, May 07, 2012

daun-daun kering

 Daun-daun kering di petang hari berterbangan ditiup angin..tiada siapa mengerti arah & tuju nya.. bersahaja sekali, menjauh pergi dari pandangan mata..
Posted by Picasa

sepetang di Kolej Kediaman Baru

 Indahnya hari ini. Santai menikmati petang yang segar bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa. Tidaklah panas, hanya redup, seolah-olah membawa rindu  & perkhabaran kebahagian. Indahnya petang hari ini..
Posted by Picasa

Wednesday, April 25, 2012

Cahaya Islam

Pergolakkan semasa sering kali mengheret kita untuk merenung jauh akan tuntutan nafsu rakan2 hamba Allah di muka bumi ini. Mereka beraneka ragam & muslihatnya sukar diduga . Sukar untuk kita memastikan kebenaran ataupun kepuraan. Jelas sekali.. manusia kini dihimpit kemaruk kebendaan hinggakan mereka jahil & gagal menggunakan fungsi akal sebaiknya. Marilah kita mengorak perpaduan, moga rahmatNYA melimpahi kita. Jangan mempertikaikan apa yang telah tersurat, telah menjadi sejarah, dan usah lah menceraikan mereka yang tersasar..bantulah.. bantulah . Pimpinlah menerusi lunas2 yang termaktub kebenarannya sepertimana telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu daripada kita (penggerak ajaran Muhammad saw.). Sesudah itu, ucaplah kalimah suci "Alhamdulillah". Senyumlah, tunjukan kepada dunia senyuman bahagia & ketenangan hanya dapat dirasai kenikmatannya tatkala ISLAM di sanubari. SubhanALLAH...

Tangani Malas

Tip

: Tangani Malas


Argh ! malasnya

Mengapa kita rasa sangat malas, tidak bermaya? Tidak tahu apa-apa yang mungkin dapat dilakukan pada hari in?. Badan terasa sangat "berat".. seolah-olah tidak mampu mengerjakan apa-apa. Pernak kah anda alami keadaan ini?


Sebab-sebab keadaan ini berlaku:


1. Anda tidak merancang aktiviti harian anda dengan baik. Maka timbul lah, "apa nak buat hari ni?"
2. Anda mungkin tidak mempunyai hobi, rutin harian yang betul-betul sebati dengan minat dan jiwa anda.
3. Anda makan secara berlebihan dan terlalu kenyang, hinggakan  badan anda terasa berat, lemah dan terasa sangat malas untuk melakukan sesuatu, meskipun anda bertubuh kecil.
4. Anda tiada minat untuk akttikan perjalanan aktiviti harian, dan lebih gemar bersikap pasif daripada bergerak kesana-sini, bercakap dengan aktif dan berfikir.


Bagaimana hendak atasi masalah ini?


1. JOM RANCANG! rancanglah aktiviti harian anda. Jangan hanya ingat di minda. Tulislah. Dengan cara ini, anda akan memotivasikan diri anda, bersemangat untuk melakukan nya, dan yang terpenting anda tidak akan            lupa. Pastikan aktiviti anda itu bersesuaian dengat minat dan masa anda. Utamakan yang penting dan seterusnya yang kurang penting dikemudiankan dalam senarai aktiviti tersebut. Jadualkan aktiviti anda. Ini pasti membantu!


2. MASIH TIADA HOBI?! fikir-ikirkan lah apa hobi anda. Lakukan nya dengan penuh kesungguhan. Anda dapat lakukan hobi anda ini apabila ada kelapangan. Jadi tiada alasan untuk  anda bermalas-malasan di hujung minggu atau  sebagainya.


3. SEDERHANA! jalanilah kehidupan anda dengan perut yang tidak lapar dan tidak terlalu kenyang. Sederhanakan lah dari segi kuantiti pengambilan diet anda. Makan hingga terlalu kenyang adalah tidak baik untuk ksesihatan perut/sistem pencernaan, otak dan pemikiran anda. Perut anda perlu 'bekerja dengan aktif' untuk memproses makanan. Darah-darah cenderung mengalir ke bahagian perut/sistem pencernaan. Darah ke otak? Pastinya berkurang. pengaliran darah ke sel-sel otak amatlah penting. Justeru, otak menjadi lembab. Jadi, badan anda akan menjadi tidak bermaya dan lemah, tidak mampu berfikir dengan aktif dan menjadi sangat malas. Bagaimana jka keadaan ini berterusan? Hindari segera!


4. PASIF?! Jangan lah bersikap pasif. Carilah penyelesaian segera. Nikmati kehidupan anda dengan berkualiti. Carilah hobi, rakan dan teman yang 'sekepala'- mempunyai minat yang sama atau hampir sama.  Anda boleh bergerak dengan sendiri. Lakukan sedikit usaha. Dapatkan buku-buku kegemaran anda. Jika anda bukan seorang pembaca. Kemas, bersihkan rumah anda-selain dapat mengeluarkan peluh untuk sihatkan badan, rumah anda pasti bersih dan kemas atas kesungguhan anda itu. Yang penting, isi masa lapang anda dengan sesuatu untuk menjadikan anda seorang yang hidup dengan aktif. Lakukan perubahan ini segera!


Jalani kehidupan anda dengan berkualiti!


Senarai Peserta Kursus Asas Membangunkan Blog

Senarai Peserta Kursus Asas Membangunkan Blog

 KURSUS ASAS MEMBANGUNKAN BLOG (IDT 419)
23 - 25 APRIL 2012
BILNAMA PENUH ALAMAT BLOG
1AFANDI AHMAD akademibolasepak.blogspot.com
2AJIRAH MD. ASRAF latahzan92.blogspot.com
3AMINAH AHDARI aqif_syifa0412.blogspot.com
4AMIR ABDUL RAHMAN MIOR HAMZAH kopalgo.blogspot.com
5AZAMMUDDIN SAISI kelabidt419.blogspot.com
6AZLINA ABDUL AZIZ Azin2baking.blogspot.com
7BADLI SYAH OMAR hidupselama.blogspot.com
8BAHARUDDIN HJ. MOHD. YUSUP kopjai.blogspot.com
9FADZLAN FADZIL pemanduteksijb.blogspot
10FIRDAUS NOORIMAN campuranbahasa.blogspot.com
11HAFIZAL MAHAMAD asalmasukduit.blogspot.com
12HAIRISHAM OTHMAN puakasatelit.blogspot.com
13HANALIZA HASHIM hanalizahashim.blogspot.com
14ISMAIL AHMAD theriskfactors.blogspot.com
15JIRISHA SARASWATHY A/P RAJENDRAN avascribbles.blogspot.com
16MAHZABAN MD. AMINkpptbjbb.blogspot.com
17MASTURA ADIBBAH KALAMsedaptekak.blogspot.com
18MAZWANIE MOHD. NOORcitraqasehlanie.blogspot.com
19MOHAMED NOR FAIZAL MOHAMED ZAINAL9w2rpvamatureradio.blogspot.com
20MOHD. HAFIZ CHEK ROMLItanjungbesar.blogspot.com
21MOHD. IDRUS ABD. RAHMANwantot70.blogspot.com
22MOHD. ZUKHAIRI MOHD. ALItokeikedaikopi.blogspot.com
23MUHD. NABIL NAUFAL MOHD. NASIMteratakbayam.blogspot.com
24MUNIANDY A/L SUBRAMANIAMsmartlearner.blogspot.com
25MUNIRAH AB. HAMIDmaktabkoperasimalaysiajohorbharu.blogspot.com
26NASRIQ HANAFI KAMARInasriqhanafisv4.blogspot.com
27NOR AMALI MOHD. SALLEHmkdclixsterjb.blogspot.com
28NOR AZIAN HASNAN, DRcariakhirat.blogspot.com
29NORHAFIZ ZAKWAN ABU BAKAR1001selerakampung.blogspot.com
30NUR ATIQAH NAZROL SHAHRONatiqahnazrul.blogspot.com
31NUR NAJIHAH AFANDIgha-andy.blogspot.com
32RADUAN SAHATwantot70.blogspot.com
33RAJA NAHARUDDIN RAJA ARIFFINsayatakaful-nahar.blogspot.com
34RENY TAIBeryn-senja-nan-merah.blogspot.com
35ROHANI MAT NORmyanimanja.blogspot.com
36ROS SANANI OTHMANsemangatgigihrossa.blogspot.com
37RUZIAH HUSSINgeesmallzone.blogspot.com
38SITI 'AQILAH AKBARvariasikata.blogspot.com
39TENGKU MANGASA JAFFARtmj505.blogspot.com
40TENGKU NUR HAZIRAH TENGKU NASARUDDINputeri-bugis.blogspot.com
41ZULKEFLI MOHAMADjompahang.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...